Sunday, May 28, 2017

PERATUS KEHADIRAN MURID SKPP TERUS MENINGKAT

Alhamdulillah, peratus kehadiran murid ke sekolah berdasarkan bulan terus meningkat sejak diperkenalkan Program Jom Ke Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 6 Februari yang lalu.

Bermula Januari dengan 95.0%, Februari 96.1%, Mac 95.1%, April 96.7% dan Mei 97.2% diharapkan terus mengekalkan prstasi bagi memastikan target KPI 95% terus tercapai oleh sekolah ini.

STATISTIK HADIR KELAS 100% MENGIKUT MINGGU

1 Bestari
a. 02 - 05/05/2017

2 Bestari
a. 20 - 24/02/2017
b. 27 - 31/03/2017
c. 22 - 26/05/2017

4 Bestari
a. 16 - 20/01/2017
b. 06 - 10/03/2017
c. 03 - 07/04/2017
d. 10 - 14/03/2017
e. 22 - 26/05/2017

5 Bestari 
a. 22 - 26/05/2017

6 Bestari
a. 03 - 06/01/2017
b. 06 - 10/03/2017
c. 25 - 28/04/2017

Daripada statiktik di atas didapati 44 orang murid masih mencapai tahap kedatangan penuh (tanpa sebarang ketidakhadiran ke sekolah) daripada 126 orang murid sekolah ini dan mewakili 28.2% jumlah murid. Tahniah dan teruskan.

Friday, February 17, 2017

MUAT TURUN MELALUI BLOG INI

Kepada rakan-rakan GPK HEM, saya telah memulakan beberapa bahan Pengurusan GPK HEM telah saya sediakan untuk download/muat turun melalui blog ini. Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Sila klik MUAT TURUN untuk ke halaman tersebut.

Harap dapat membantu. Jika ada sebarang cadangan, pandangan atau komen sila lengkapkan ruangan komen di bawah.

BERTEMU RAKAN HEM DI ADTEC

16 FEBRUARI 2017 - Pada hari ini, pertemuan 4 daerah GPK HEM dari Maran, Jerantut, Temerloh dan Bera dalam taklimat berkaitan SSPN berkaitan Peruntukan Sepadan sebagaimana bajet 2017.


Banyak ilmu diperoleh dalam taklimat tersebut dan tidak kurang rakan-rakan HEM dari 4 daerah.

Tuesday, November 15, 2016

MESYUARAT PERLANJUTAN PERJANJIAN KANTIN

10 November 2016 - Unit HEM telah didatangi oleh Encik Burhanuddin dan Encik Sany dari PPD Maran dalam urusan Pelanjutan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah untuk 1 Disember 2016 hingga 30 November 2017.

Panel Penilai telah bersetuju akan perlanjutan tersebut untuk tempoh tersebut.

Unit HEM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Monday, October 31, 2016

LAMAN GPK HEM SK PAYA PASIR

Laman ini dibangunkan oleh saya sebagai panduan melaksanakan tugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Paya Paya.